Friday, June 20, 2008

Wahai Wanita Tulang Rusuk ku...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam
kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat
menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu
mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan
muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat
mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai
bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan
WANITA dan secara spontan juga berteriak, "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang
rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan
kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari
khabar akan kehidupan WANITA. WANITA
pernah ke luar negeri tetapi sudah
kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia
meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup
mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu
kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan
perpisahan,
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York
dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di
hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima
khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali
lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah
orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana
semakin
besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang
akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

No comments:

I heart FeedBurner