Friday, June 27, 2008

Ada "Dua Malam" menjadikan manusia menangis...

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL...

Kita biasa mendengar ulama dan ustaz bercakap tentang sakaratul maut. Maksudnya ialah,pada saat2 akan berakhirnya roh seseorang itu keluar dari jasadnya..

Sakaratul maut bererti, seseorang yang sedang 'NAZAK", kata orang2 kita. Apabila seseorang itu hampir akan menghembuskan nafasnya yang terakhir,maka itu disebutkan sebagai sakaratul maut...

Saat2 sakaratul maut juga ada huru-haranya. Banyak disebutkan dalam kitab2 agama yang membicarakan bab roh terpisah dari jasadnya.

Dalam hadis2 Nabi s.a.w juga ada dijelaskan tentang masalah ini. Ada disebutkan didalam sebuah hadis iaitu diantara banyak hadis nabi s.a.w ialah sebuah hadis dari Jabir bin Abdullah bahawa rasullah s.a.w bersabda ertinya;
-"Janganlah kamu mengharap-harapkan kematian kerana huru-hara kematian itu sangatlah dasyat"

Ini hadis dari Nabi s.a.w sendiri yang menerangkan tentang berlakunya huru-hara ketika sakaratul maut.macamnana bentuk huru-hara itu?

Ketika Umar Ibnu Khatab r.a.sesudah ditikam. Seorang sahabat berkata kepadanya;"Aku berharap semoga kulit anda tidak tersentuh api neraka. "Umar diam sejenak dan kemudian Umar memandang kepadanya sambil berkata; "sesungguhnya orang yang kamu anggap tertipu memang orang yang tertipu. Demi Allah seandainya aku punya apa yang ada di bumi akan aku gunakan untuk menebus dasyatnya huru-hara maut."

Abu Darda'r.a. mengatakan pula; "Ada tiga orang yang membuatkan aku tertawa kerana lucu, dan ada tiga hal yang membuatkan aku menangis kerana sedih. Tiga orang yang membuatkan aku tertawa kerana lucu ialah":

."Orang yang masih mengangan-angankan dunia, padahal dia diburu oleh
maut."

."Orang yang lalai-tetapi tidak merasakan dia lalai."

."Orang yang tertawa lepas namun dia tidak tahu adakah Allah meredhainya
atau murka kepadanya."

Sementara itu yang tiga lagi yang membuatkan aku menangis ialah:

."Berpisah dengan orang yang tercinta seperti Muhammad s.a.w dan
sahabat2nya. "

."Menghadapi huru-hara kematian."

."Berdiri dihadapan Allah pada hari semua yang tersembunyi akan terun-
kap dan aku tidak tahu nasibku ke syurga atau ke neraka."

Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad dari Anas bin Malik bahawa ia berkata; "Mahukah kamu aku ceritakan tentang dua jenis hari dan dua jenis malam dimana seluruh makhluk belum pernah mendengarnya, iaitu.":

.Hari Pertama
-"Ketika kamu didatangi oleh Malaikat pembawa khabar dari Allah yang
mungkin membawa redhaNYA atau murkaNYA."

.Hari Kedua
-"Hari ketika dimana Tuhanmu menyerahkan buku catatan amal kepadamu."

kemudiannya:

.Malam Pertama
-"Dimana ketika kamu menginap dikubur yang belum pernah dialami
sama sekali."

.Malam Kedua
-"Malam esoknya terjadinya hari kiamat."

Beberapa hadis yang dipaparkan ini cukup membuatkan kita insaf dan daripadanya kita mengambil iktibar.Wallahualla m..(Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya)

No comments:

I heart FeedBurner