Friday, June 20, 2008

Cara kenalpasti restoran mamak atau sebaliknya


Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah
terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak
Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim...

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama
hindu
tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan"
mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang
dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan
oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan
poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang
mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan
sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak
dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat tinjauan rambang di sekitar Gombak dan Kuala
Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk.
Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging
kambing".

Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan
restoran tersebut adalah mamak Muslim.Seandainya, tidak terdapat
sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan
kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu
tiada".Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali,
"kenapa tiada lauk lembu?".

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan
tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim
dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran
Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala
Lumpur.

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak
yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat
namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak
(pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu
Caves.

Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran
tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi
apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan
terpinga-pinga.

Anda boleh cuba di tempat anda

No comments:

I heart FeedBurner