Hatinya sudah tidak terasa apa apa tentang apa yang dia cakap dan apa yang dia buat
Dia akan bercakap apa sahaja tanpa disukat
Dia juga berbuat apa sahaja tanpa memikir akibat
Orang yang tidak malu, Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya
Tuhan ada atau tiada dia tidak ambil kira lagi
Yang dia fikir dia bebas, dia boleh buat apa dia suka
Kebebasan jangan di sekat, orang lain peduli apa
Bercakap lucah boleh aje, mencarut tidak mengapa
Pegang dan tepuk perempuan perkara biasa
Pada dia tidak ada pantang larangnya
Apa orang hendak kata, biarlah apa dia hendak kata
Banyak orang cacat hati, dia tidak terasa apa apa
Hatinya telah kebal daripada merasa malu dengan manusia
Orang pun telah bercakap cakap tentang nya
Bukan dia malu bahkan terasa megah dan bangga pula
Begitulah jika sifat malu pada seseorang sudah tidak ada
Padahal malu itu perbezaan di antara haiwan dan manusia
Apabila malu sudah tercabut daripada hati manusia
Itulah dia haiwan yang berupa manusia yang melata.
No comments:
Post a Comment