Saturday, May 3, 2008

Wanita dipukau melalui telefon bimbit

Wanita dipukau melalui telefon bimbit


PUKAU didefinisikan sebagai jampi serapah bertujuan memabukkan atau membuat orang tidur. Akibat dipukau, mangsa boleh mengalami trauma dan bingung kerana tidak mengingati apa yang berlaku.

Taktik pukau yang digunakan penjenayah ada pelbagai cara dan kaedah bertujuan memastikan mangsa mengikut arahan sama ada tanpa sedar atau separuh sedar.

Antaranya yang biasa kedengaran adalah seperti menggunakan duit syiling, merenung mata, menghembus asap rokok, menepuk bahu dan bermacam-macam-macam lagi yang semuanya mengehendaki kaki pukau berhadapan secara bersemuka dengan mangsa.

Setelah kaki pukau itu menghilangkan diri, mangsa yang pulih daripada dikuasai secara fizikal dan mental terpinga-pinga mengingati semula kejadian yang menimpa dirinya.

Namun, yang terbaru dan tersebar melalui e-mel menceritakan ada kes yang mengatakan pukau dilakukan dengan hanya berbual di talian telefon. Sedangkan dalam banyak kes yang dilaporkan sebelum ini, pukau hanya berlaku secara berhadapan.

Penulis e-mel itu hanya dikenali sebagai Yaya menceritakan bagaimana seorang rakan baiknya dipukau melalui kaedah itu. Menurut Yaya, rakannya menerima panggilan daripada seseorang yang kononnya daripada ibu pejabat sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka.

Pemanggil itu meminta nama dengan alasan rakannya telah memenangi peraduan anjuran syarikat berkenaan. Rakannya berasa pelik kerana nombor yang tertera di skrin telefon bukanlah dari panggilan tempatan. Namun selepas dia menyebut namanya, rakan itu seolah-olah hilang ingatan seketika dan tidak sedar apa yang dilakukannya selepas itu.

Berdasarkan kepada laporan itu, rakan Yaya itu dikatakan telah mengeluarkan wangnya berjumlah RM2,600 dari mesin ATM dan memasukkannya ke dalam akaun pemanggil.

Bukan itu sahaja, rakannya juga disuruh membeli nilai tambah untuk telefon bimbit lelaki itu segala yang disuruh tanpa sebarang bantahan. Setelah agak lama ia berlaku, akhirnya rakan itu tersedar.

No comments:

I heart FeedBurner