Friday, May 2, 2008

mcm mcm hal la plak jari bersaudara nih

Al-kisah... (kedengaran muzik latar ala-ala arabian..)

Di suatu hari, 5 jari bersaudara bersembang sesama mereka. Tiba-tiba,
ibu jari bersuara, "korang semua cuba teka, siapa yang paling 'terer'
sekali dalam banyak-banyak jari?". "Siapa?" jari-jari yang lain mula
memberikan respon. Haha, akulah yang paling 'terer' sebab aku ibu
segala jari dan aku adalah yang paling besar sekali. Kata ibu jari
dengan angkuh.

"Eh..tidak, tidak.. akulah yang paling 'terer' dan berkuasa sekali.
Sebabnya, asalkan aku tunjuk sahaja semua orang mengikut perintahku".
Jari telunjuk pula menyatakan kelebihan diri.

"Aik! mana boleh! akulah yang paling 'terer'. Sebabnya dalam
banyak-banyak jari, akulah yang paling tinggi. Korang semua
berkedudukan rendah dari aku haha!" Jari hantu pula yang mengaku
dirinya paling berkuasa.

"Nanti dulu,, agaknya kau orang sudah lupa ya? akulah yang paling kaya
antara kita berlima. Sebabnya, manusia memakai emas dan berlian
dibadan aku! cincin dan permata disarungkan padaku". Jari manis pula
bersuara.

Mendengarkan 4 saudaranya beradu kekuasaan, jari yang kelima pun
berfikir sendiri. "Apalah kelebihanku ini, sudahlah kecil, pendek dan
tidak kaya pulak..". Setelah penat memerah otak, dia mendapat satu
idea. "Hah! aku dah dapat!". "Wahai saudara-saudaraku, sebenarnya
akulah yang paling kaya, paling 'terer' dan paling berkuasa!" katanya
dengan lantang.

"Eheh budak kecik ada hati nak berangan mengalahkan kami ya!, hah!
kenapa pula kamu yang paling berkuasa?" soal jari hantu. Hatinya
mengejek si kecil itu.

" Aku adalah raja!" ujar jari kecil. "Hah? raja mana pula kau ini?"
jari telunjuk pula bertanya. "Aku raja Keling, kelingKING !" jari
kelingking pun ketawa sekuat hatinya, kerana dapat mengenakan 4
saudaranya itu. Jari-jari yang lain semuanya diam tidak terkata apa-apa.

Akhirnya, kalah jugalah semua jari-jari yang sombong dan angkuh itu
dengan KEBIJAKSANAAN jari kelingking.

No comments:

I heart FeedBurner