Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini
untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun
tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada
seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah
baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan
adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian
begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku
bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini
dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan
begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis
manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka
tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama
dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu
bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan
itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke
pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah
tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir
melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita
mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan
dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan
seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang
akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah
menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam
pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak
di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di
gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita. *Dipetik dari majalah
Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
No comments:
Post a Comment