Layan jap...
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.
Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin
hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang
diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah
keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu
untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan
lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika
itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih
terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia
akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang
benar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama
1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang
bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk
belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang
tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah
lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya
berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk
menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui
ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia
menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia
akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah
kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya.
Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf
Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi
pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat
yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya
sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada
Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang
mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan.
Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu
untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia
masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa
kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food,
Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu,
anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak
makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut
dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir,
jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang
beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah
sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat
penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari
Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.
Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di
Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa
nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu
Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang
hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air
tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri
Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!
No comments:
Post a Comment