Para penduduk kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka.
Operasi terakhir pada 7 Mac 2007 menyaksikan semua rumah penduduk termasuk sebuah Surau dirobohkan walaupun, rayuan penduduk masih di dengar di Mahkamah.
Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.
Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan pelobi Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang. Pemilik geran ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang.
Setelah pindah milik dibuat, PNSB mengunakan kuasa mahkamah, Polis, Rela dan MPAJ bagi mengusir para penduduk.
Rumah penduduk dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi. Kemusnahan ratusan ribu harta benda penduduk Kg. Berembang tidak dipedulikan sesiapa termasuklah Perdana Menteri dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu bahawa penduduk Kg. Berembang adalah penyokong kuat Umno selama ini.
Melihatkan keadaan yang terbiar itu, misi kemanusian dihantar oleh Pas dan bantuan makanan dan peralatan Khemah disalurkan sambil turut berdoa akan kejatuhan Kerajaan BN di Selangor. Doa orang-orang dizalimi ini makbul dan Kerajaan zalim BN tumbang di Selangor. Walaupun mereka tidak mendapat semula rumah dan tanah yang dirampas, tetapi harapan untuk keadilan dan hidup yang lebih baik itu ada bersama Kerajaan Pakatan.
Kisah Penduduk Bukit Antarabangsa
Bukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis, VVIP dan orang-orang kaya di Malaysia . Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lain ditempat lain dan sememangnya mereka yang duduk disitu adalah dari golongan yang kaya, sama ada kaya dengan pendapatan yang tinggi atau yang kaya Hutang.
Bukit Antarabangsa terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Utama, Taman Bukit Mulia dan beberapa lagi. Banyak juga kondominium mewah terletak dikawasan ini dan yang paling terkenal adalah Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993.
Boleh dikatakan bahawa kawasan Bukit Antarabangsa ini agak eksklusif dinegara ini walaupun hakikatnya kawasan itu asalnya adalah kawasan Hutan Simpan Kerajaan Selangor. Sejak bila tanah itu bertukar status tidak pula dinyatakan.
Para pemaju berebut-rebut untuk memiliki tanah dan membuat pembangunan dilereng-lereng Bukit Antarabangsa.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini yang menasihatkan para pemaju agar tidak lagi mendesak Kerajaan untuk mengeluarkan keizinan bagi pembinaan dikawasan itu sudah cukup untuk menjelaskan apa yang berlaku disebalik berdirinya kediaman mewah disitu.
Pembangunan tidak berlaku jika pemaju tidak mendesak. Tanah Hutan Simpan itu tidak terusik jika tiada kebenaran dari Kerajaan. Kerajaan mana bagi kebenaran? jika dilihat dari usia bangunan disitu bermakna kelulusan itu sudah diperolehi dari kerajaan yang memerintah 20 tahun yang lalu, iaitu Kerajaan BN sendiri.
Selepas tragedi Highland Tower , 1993 industri pembinaan negara mengalihkan tumpuan ke kawasan lain. Tapi beberapa tahun selepas itu, mereka kembali membina banglo mewah lagi atas keizinan pemimpin Umno, yang mana ada juga yang memiliki lot banglo mewah disitu..
Kedegilan mereka akhirnya terbalas jua bila 14 banglo mewah di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama musnah dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi 6 Disember 2008 yang lalu.
Musnahnya banglo orang-orang kaya ini mengejutkan ramai pihak kerana kejadian ini umpama satu malapetaka yang besar hingga melenyapkan seketika berita tentang banjir di Pantai Timur yang berlaku pada masa yang sama.
Bezanya banjir di Pantai Timur sudah biasa berlaku walaupun ianya melibatkan ribuan rumah, tapi di Bukit Antarabangsa ini jarang berlaku walaupun hanya 14 rumah banglo.
Lantaran itu, lebih 3000 pemilik rumah disekitar kawasan berhampiran diarahkan berpindah buat sementara. Proses perpindahan kali ini agak rumit kerana laluan yang tidak sempurna serta banyaknya kereta mewah yang melalui jalan sementara yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia . Ini berbeza dengan kisah Berembang, dimana anak-anak kecil mengusung kain baju mereka sendiri dalam baldi untuk menginap dikhemah atau disisa runtuhan rumah mereka.
Bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang berpindah keluar, sebahagian besar mereka pindah ke rumah kedua mereka, ada juga yang menginap dirumah saudara mara terdekat. Malah kenderaan untuk pindah barang turut disediakan walaupun terhad.
Menariknya, kejadian ini rupanya belum cukup untuk menumpulkan keangkuhan beberapa orang kaya yang jadi mangsa. Para petugas dimaki hamun kerana didakwa tidak menolong mereka, walhal para petugas itu sudah berharian bertungkus lumus untuk membantu ramai penduduk disitu.
Malangnya orang-orang kaya ini tidak faham erti bersabar. Mereka tidak biasa buat kerja sendiri dan hidup susah. Selama ini orang gaji atau pekerja yang diupah yang tolong mereka berkemas dan angkat barang. Kali ini suasana kelam kabut, bila mereka diminta mengangkat sendiri barang ada juga yang merunggut.
Beberapa petugas terkilan dengan sikap mereka hingga ada yang berbisik, "patutlah mereka kena tanah runtuh, mereka ni semuanya orang kaya yang sombong dan berlagak" Ada juga petugas yang kecewa mengajak teman-teman lain balik sahaja, dan tak perlu bantu orang-orang kaya ini. Mujurlah teman itu sempat ditenteramkan dan niat mereka dibetulkan. Sesungguhnya mereka datang kesitu membantu bukan kerana inginkan balasan dari orang-orang kaya itu, tapi kerana sifat kemanusian dan ikhlas kerana Allah.
Begitulah sabarnya para sukarelawan ini. Kejadian ini pastinya memberikan sedikit impak dalam hati mereka, khususnya bagi petugas yang pernah membantu mangsa kezaliman di Kg. Berembang yang tidak jauh dari Bukit Antarabangsa.
Antara Berembang dan Bukit Antarabangsa
Ketika di Berembang penduduk tidak putus-putus ucapkan terima kasih walaupun pertolongan yang diberi tidak seberapa. Tapi lain pula di Bukit Antarabangsa ini. Bukan semua mangsa yang bersikap angkuh, tapi dek kerana ada yang celupar mulut maka yang lain terima tempiasnya.
Moga ini jadi pengajaran, agar esok malapetaka Allah tidak berulang lagi. Sesungguhnya alam yang Allah ciptakan ini juga punyai perasaan, jika dirinya ditoreh dan dilukakan oleh manusia, ia juga boleh meruntuhkan kesombongan manusia dengan caranya yang tersendiri. Kezaliman tangan manusia sering menjadi asbab kepada malapetaka Allah.
Antara Kg. Berembang dan Bukit Antarabangsa memang jauh nilainya. Nilai rumah penduduk Kg. Berembang hanya setaraf dengan beranda rumah penduduk Bukit Antarabangsa. Tapi bila Allah nak uji, harganya tetap sama, yang membezakan adalah cara penerimaan mereka. Adakah mereka akan kembali sujud pada Allah atau terus angkuh mendabik dada dengan kekayaan duniawi mereka.
Ratusan rumah Kg. Berembang roboh tiada siapa yang peduli termasuk pemimpin Umno, tapi bila 14 rumah orang kaya di Bukit Antarabangsa runtuh pelbagai agensi Kerajaan dan NGO datang membantu. Tabung bantuan khas diwujudkan oleh Umno Ampang. Tapi apa yang mereka beri untuk Berembang yang rata-rata pendapatan isi rumahnya kurang dari RM 3000 sebulan.
Rumah Kg. Berembang roboh ketika anak-anak mereka sibuk menelaah bagi menghadapi UPSR, PMR dan SPM, tapi rumah di Bukit Antarabangsa Runtuh selepas anak-anak mereka puas bermain permainan video game PS2. Begitulah jauhnya perbezaan taraf didunia ini.
Rumah yang runtuh boleh dibina semula dengan wang ringgit, tapi iman yang runtuh dengan kesombongan, Allah sahaja yang tahu pengubatnya.
Kepada penduduk Bukit Antarabangsa, bersyukurlah bila ada orang membantu kerana nasib anda lebih baik dari penduduk Berembang yang dianak tirikan oleh Kerajaan dan kebanyakkan NGOs selama ini.
dipetik dari: Tranungkite
No comments:
Post a Comment