Wednesday, December 31, 2008

Friday, December 26, 2008

10 Situasi Lelaki Yang Harus Dan Perlu Difahami






















1. Bila si dia sibuk...

Jangan sesekali merengek atau mengada-ngada ( yang paling kasar bahasanya " TERGEDIK-GEDIK" semata-mata nak menarik perhatian si dia. Fahamilah keadaan si lelaki mungkin memikirkan sesuatu yangg lebih penting. Mungkin perancangan masa depan untuk membina Mahligai Impian. macam Impian kasih

2. Bila si dia ego......

Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik....


Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran....

Jangan membuat sesuatu yangg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......

Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri...

Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..

Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba......

Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....

Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul.....

Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.

Tuesday, December 23, 2008

Mengenal Dara Melalui Raut Wajah























Mengenali raut wajah seseorang gadis itu tidak mempunyai dara lagi atau ia masih suci adalah terlalu mudah dengan hanya sekali pandang sahaja berbanding penelitian secara jarak dekat, umpamanya pada tapak tangan. Penelitian secara terbuka kepada raut wajah biasanya boleh dilihat dengan hanya melalui pandangan pertama sewaktu berkenalan, atau pada rakan anda sering bertemu.

Ramai gadis atau wanita yang tidak mengetahui rahsia tentang kejelitaan mereka terletak pada pipi. Pipi yang lembut, tidak berjerawat serta sentiasa berseri akan memperlihatkan kejelitaan si gadis itu. Sudah tentu semua gadis menginginkan pipi mereka tidak berjerawat, gebu, kemerah-merahan dan menampilkan keayuan kerana kelembutan pipinya. Akan tetapi harus diingatkan. Tidak semua gadis beranggapan kecantikan itu hanya pada raut wajahnya yang kelihatan berseri kerana berjerawat.

Kehilangan dara juga boleb menyebabkan raut wajah seseorang gadis itu kelihatan tidak berseri. Namun begitu kadang kala kita dapat lihat ada isteri orang yang terserlab kejelitaamya pada wajah yang manis dan cantik sehinggakan kaum lelaki lupa dan tidak pasti samada wanita yang mereka lihat itu isteri orang atau masih gadis. Adalah tidak mustahil jika ramai yang berkata, isteri orang atau janda adalah lebih jelita berbanding anak gadis atau mereka yang belum berkahwin.

Itulah hikmahnya bentuk pipi yang menampilkan kejelitaan itu ada bukti yang menyatakan seseorang gadis itu masih suci atau tidak. Perkara ini tidak ramai yang mengetahui bahawa gadis yang cantik adalah gadis yang masih suci. Jelasnya tidak terkecuali kaum ibu atau isteri orang lebih cantik dari seorang gadis.

Untuk mengenali seseorang gadis itu masih dara atau isteri orang, atau janda melalui pipinya ialah dengan meneliti secara sambil lalu kepada bentuk pipinya seperti berikut:

Pertama: Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih suci. Gadis yang masih suci selalunya tidak berminat untuk bermake-up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bernake-up, tetapi cara mereka bermake-up tidak terlalu menonjolkan imej mereka seperti seorang yang benar-benar untuk memikat lelaki.

Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah ketika berbual-bual dengan lelaki yang tidak dikenali atau baru berkenalan. Gadis yang tiada dara biasanya tidak terlalu sukar untuk menyesuaikan diri mereka untuk tujuan berkenalan dengan lelaki samada yang baru dikenali atau sudah biasa.























Pipi gadis yang sudah biasa dicium kelihatan tidak merah kerana ianya sudah menjadi kebiasaan dan tiada sensitif terhadap ciuman yang mereka terima daripada sesiapa pun. Pipi yang merah apabila dicium, bermakna gadis itu tidak pernah dicium oleh lelaki sebelumnya melainkan yang muhrim, seperti abang, ayah atau datuk lelaki mereka.

Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang sudah melakukan hubungan seks. Jika kita lihat sesetengah gadis yang mempunyai lesung pipit, lesung pipitnya kelihatan melekuk jauh ke dalam dan terserlah kejelitaan gadis itu. Tetapi jika gadis itu sudah melakukan hubungan seks, lekukan lesung pipitnya tidaklah terlalu dalam dan di sisi lekukan lesung pipitnya terdapat garis yang seakan mengekori pipinya. Garis ini menunjukkan sigadis sudah bersuami atau sudah biasa melakukan hubungan seks.

Travel In Mumbai Train

Tuesday, December 16, 2008

Dyeing Person
























First I was dyeing to finish my high school & enter college.

Then I was dyeing to finish college & enter business/working.

Then I was dyeing to marry & have children.

Then I was dyeing for my children to grow enough to work.

Then I was dyeing to retire.


Suddenly I realised that I forget to Live.

Dont this happen to yourself

Live from today

Life will not come again.

Antara Berembang dan Bukit Antarabangsa

Pada 17 November 2006 beberapa buah rumah di Kg. Berembang roboh menyembah bumi dek kerakusan orang-orang besar Umno dalam Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB). Operasi Perobohan itu dilakukan oleh anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), atas arahan PNSB dan berlajutan dalam 3 siri yang berikutnya iaitu pada 20 dan 30 November 2006.

Para penduduk kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka.

Operasi terakhir pada 7 Mac 2007 menyaksikan semua rumah penduduk termasuk sebuah Surau dirobohkan walaupun, rayuan penduduk masih di dengar di Mahkamah.

Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.

Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan pelobi Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang. Pemilik geran ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang.

Setelah pindah milik dibuat, PNSB mengunakan kuasa mahkamah, Polis, Rela dan MPAJ bagi mengusir para penduduk.

Rumah penduduk dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi. Kemusnahan ratusan ribu harta benda penduduk Kg. Berembang tidak dipedulikan sesiapa termasuklah Perdana Menteri dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu bahawa penduduk Kg. Berembang adalah penyokong kuat Umno selama ini.

Melihatkan keadaan yang terbiar itu, misi kemanusian dihantar oleh Pas dan bantuan makanan dan peralatan Khemah disalurkan sambil turut berdoa akan kejatuhan Kerajaan BN di Selangor. Doa orang-orang dizalimi ini makbul dan Kerajaan zalim BN tumbang di Selangor. Walaupun mereka tidak mendapat semula rumah dan tanah yang dirampas, tetapi harapan untuk keadilan dan hidup yang lebih baik itu ada bersama Kerajaan Pakatan.


Kisah Penduduk Bukit Antarabangsa

Bukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis, VVIP dan orang-orang kaya di Malaysia . Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lain ditempat lain dan sememangnya mereka yang duduk disitu adalah dari golongan yang kaya, sama ada kaya dengan pendapatan yang tinggi atau yang kaya Hutang.

Bukit Antarabangsa terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Utama, Taman Bukit Mulia dan beberapa lagi. Banyak juga kondominium mewah terletak dikawasan ini dan yang paling terkenal adalah Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993.

Boleh dikatakan bahawa kawasan Bukit Antarabangsa ini agak eksklusif dinegara ini walaupun hakikatnya kawasan itu asalnya adalah kawasan Hutan Simpan Kerajaan Selangor. Sejak bila tanah itu bertukar status tidak pula dinyatakan.

Para pemaju berebut-rebut untuk memiliki tanah dan membuat pembangunan dilereng-lereng Bukit Antarabangsa.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini yang menasihatkan para pemaju agar tidak lagi mendesak Kerajaan untuk mengeluarkan keizinan bagi pembinaan dikawasan itu sudah cukup untuk menjelaskan apa yang berlaku disebalik berdirinya kediaman mewah disitu.

Pembangunan tidak berlaku jika pemaju tidak mendesak. Tanah Hutan Simpan itu tidak terusik jika tiada kebenaran dari Kerajaan. Kerajaan mana bagi kebenaran? jika dilihat dari usia bangunan disitu bermakna kelulusan itu sudah diperolehi dari kerajaan yang memerintah 20 tahun yang lalu, iaitu Kerajaan BN sendiri.

Selepas tragedi Highland Tower , 1993 industri pembinaan negara mengalihkan tumpuan ke kawasan lain. Tapi beberapa tahun selepas itu, mereka kembali membina banglo mewah lagi atas keizinan pemimpin Umno, yang mana ada juga yang memiliki lot banglo mewah disitu..

Kedegilan mereka akhirnya terbalas jua bila 14 banglo mewah di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama musnah dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi 6 Disember 2008 yang lalu.

Musnahnya banglo orang-orang kaya ini mengejutkan ramai pihak kerana kejadian ini umpama satu malapetaka yang besar hingga melenyapkan seketika berita tentang banjir di Pantai Timur yang berlaku pada masa yang sama.

Bezanya banjir di Pantai Timur sudah biasa berlaku walaupun ianya melibatkan ribuan rumah, tapi di Bukit Antarabangsa ini jarang berlaku walaupun hanya 14 rumah banglo.

Lantaran itu, lebih 3000 pemilik rumah disekitar kawasan berhampiran diarahkan berpindah buat sementara. Proses perpindahan kali ini agak rumit kerana laluan yang tidak sempurna serta banyaknya kereta mewah yang melalui jalan sementara yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia . Ini berbeza dengan kisah Berembang, dimana anak-anak kecil mengusung kain baju mereka sendiri dalam baldi untuk menginap dikhemah atau disisa runtuhan rumah mereka.


Bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang berpindah keluar, sebahagian besar mereka pindah ke rumah kedua mereka, ada juga yang menginap dirumah saudara mara terdekat. Malah kenderaan untuk pindah barang turut disediakan walaupun terhad.

Menariknya, kejadian ini rupanya belum cukup untuk menumpulkan keangkuhan beberapa orang kaya yang jadi mangsa. Para petugas dimaki hamun kerana didakwa tidak menolong mereka, walhal para petugas itu sudah berharian bertungkus lumus untuk membantu ramai penduduk disitu.

Malangnya orang-orang kaya ini tidak faham erti bersabar. Mereka tidak biasa buat kerja sendiri dan hidup susah. Selama ini orang gaji atau pekerja yang diupah yang tolong mereka berkemas dan angkat barang. Kali ini suasana kelam kabut, bila mereka diminta mengangkat sendiri barang ada juga yang merunggut.

Beberapa petugas terkilan dengan sikap mereka hingga ada yang berbisik, "patutlah mereka kena tanah runtuh, mereka ni semuanya orang kaya yang sombong dan berlagak" Ada juga petugas yang kecewa mengajak teman-teman lain balik sahaja, dan tak perlu bantu orang-orang kaya ini. Mujurlah teman itu sempat ditenteramkan dan niat mereka dibetulkan. Sesungguhnya mereka datang kesitu membantu bukan kerana inginkan balasan dari orang-orang kaya itu, tapi kerana sifat kemanusian dan ikhlas kerana Allah.

Begitulah sabarnya para sukarelawan ini. Kejadian ini pastinya memberikan sedikit impak dalam hati mereka, khususnya bagi petugas yang pernah membantu mangsa kezaliman di Kg. Berembang yang tidak jauh dari Bukit Antarabangsa.


Antara Berembang dan Bukit Antarabangsa

Ketika di Berembang penduduk tidak putus-putus ucapkan terima kasih walaupun pertolongan yang diberi tidak seberapa. Tapi lain pula di Bukit Antarabangsa ini. Bukan semua mangsa yang bersikap angkuh, tapi dek kerana ada yang celupar mulut maka yang lain terima tempiasnya.

Moga ini jadi pengajaran, agar esok malapetaka Allah tidak berulang lagi. Sesungguhnya alam yang Allah ciptakan ini juga punyai perasaan, jika dirinya ditoreh dan dilukakan oleh manusia, ia juga boleh meruntuhkan kesombongan manusia dengan caranya yang tersendiri. Kezaliman tangan manusia sering menjadi asbab kepada malapetaka Allah.


Antara Kg. Berembang dan Bukit Antarabangsa memang jauh nilainya. Nilai rumah penduduk Kg. Berembang hanya setaraf dengan beranda rumah penduduk Bukit Antarabangsa. Tapi bila Allah nak uji, harganya tetap sama, yang membezakan adalah cara penerimaan mereka. Adakah mereka akan kembali sujud pada Allah atau terus angkuh mendabik dada dengan kekayaan duniawi mereka.


Ratusan rumah Kg. Berembang roboh tiada siapa yang peduli termasuk pemimpin Umno, tapi bila 14 rumah orang kaya di Bukit Antarabangsa runtuh pelbagai agensi Kerajaan dan NGO datang membantu. Tabung bantuan khas diwujudkan oleh Umno Ampang. Tapi apa yang mereka beri untuk Berembang yang rata-rata pendapatan isi rumahnya kurang dari RM 3000 sebulan.

Rumah Kg. Berembang roboh ketika anak-anak mereka sibuk menelaah bagi menghadapi UPSR, PMR dan SPM, tapi rumah di Bukit Antarabangsa Runtuh selepas anak-anak mereka puas bermain permainan video game PS2. Begitulah jauhnya perbezaan taraf didunia ini.

Rumah yang runtuh boleh dibina semula dengan wang ringgit, tapi iman yang runtuh dengan kesombongan, Allah sahaja yang tahu pengubatnya.

Kepada penduduk Bukit Antarabangsa, bersyukurlah bila ada orang membantu kerana nasib anda lebih baik dari penduduk Berembang yang dianak tirikan oleh Kerajaan dan kebanyakkan NGOs selama ini.

dipetik dari: Tranungkite

Saturday, December 13, 2008

True Love



















A story tells that two friends
were walking through the desert
During so me point of the Journey they had an
Argument, and one friend slapped the other one
In the face.

The one who got slapped was hurt, but without
saying anything, wrote in the sand:

TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE.

They kept on walking until they found an oasis,
where they decided to take a bath.
The one who had been slapped got stuck in the
mire and started drowning, but the friend saved him.

After he recovered from the near drowning,
he wrote on a stone:

TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE.

The friend who had slapped and saved his best friend
asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now,
you write on a stone, why?"

The other friend replied

"When someone hurts us we should write it down
in sand where winds of forgiveness can erase it away.
But, when someone does something good for us,
we must engrave it in stone where no wind
can ever erase it."


LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE.

Do not value the THINGS you have in your life.
But value WHO you have in your life!

Friday, December 12, 2008

Friday, December 5, 2008

I heart FeedBurner