Friday, November 18, 2011

Pernah Tak Kena Tipu

(bagaimana tidak di tipu dan apakah pendapat kamu tentang mati...)

Cerita bermula pada suatu Petang..

Dah nak magrib

Ada la lagi 30 minit kot nak azan magrib…

“asalamulaikum” suara dari luar pintu

“walaikumusallam,” suara aku berbau teh tarik..

Sorang lelaki yang bermuka hensem terpacul depan pintu rumahku, rambut tersikat rapi, wajah bersih dari sebarang bulu serta berpakaian kemas, bertali leher, berkasut kilat dan ada bawa beberapa produk..

“Tahniah bang, rumah abang terpilih dalam taman ni sebagai lokasi demo untuk produk baru kami, tak lama bang, 15 minit jer, dan syarikat kami ada meyediakan cenderamata dan kami akan ambil beberapa keping gambar abang dan rumah abang untuk di letakkan dalam majalah kami”

Aku: ….

Dia: Bla bla bla..

Aku: ….

Dia: Bla bla bla bla..

2 minit kemudian, di pendek cerita, sebagai seorang yang baik dan menghafal rukun negara, aku cuba menolak demo itu dengan cara yang baik, berhemah dan bersopan santun..

Tapi dia dengan mesra pujuk aku, siap nak tumpang solat maghrib berjemaah kat rumah aku,

(gila kau nak solat magrib berjemaah kat rumah? Nak kena bakar rumah gamaknya?, apa aku nak jawab kat ketua bomba? Cis!!!)

Memandangkan dia begitu beria-ria pujuk aku untuk ‘menghina kebijaksanaan’ aku, maka terpaksalah aku bukak pintu grill, keluar ke depan rumah, berdiri mengadap dia, aku menggosok-gosok tangan, dan memaksa diriku untuk senyum hE hE hE…(senyum paksa)

Bagaimana aku nak halau mamat ‘penipu’ ni?

Baiklah, kita stop dulu cerita kat atas, aku akan sambung jap lagi, sebelum tu, kita tumpukan entry ini kepada penipuan dan aplikasinya…

Korang pernah tak kena tipu?

errr, aku mengaku.., aku selalu gak kena tipu oleh syaitan dan kadang kadang hidup dalam rasukan iblis, tapi aku bukan nak cerita pasal setan yang mengalir dalam darah tu, aku nak cerita pasal setan yang bertopengkan manusia.. 'setan' yang cukup handal menipu, kalau boleh semua orang di tipunya, aku baca paper, golongan yang kena tipu bukan setakat budak kampong yang bodoh alang dan baru nak baligh, atau orang tua kampong yang naïf lepas manopous, tapi yang kena tipu tu termasuklah budak universti, doctor, prof, malahan pakar motavasi pun kena tipu.. ish ish ish..

Maka aku buat kesimpulan, bahawa orang yang kena tipu bukanlah kerana orang tu bodoh bangang atau berotak slow , kerana yang ada degree phD pun berlambak kena tipu, tapi orang yang kena tipu biasanya adalah kerana mereka ada penyakit wahan‘kot’

Apa itu penyakit wahan?, wahan adalah nak kaya cepat-cepat, tapi nak mampos lambat lagi, kalau boleh nak delay 100 tahun…!

Wah wah wah! Pandainya aku letak hokum, sedap-sedap aku jer nak tuduh korang ada penyakit wahan, cinta dunia dan takut mati, baiklah, abaikan penyakit wahan dan anggap ‘korang tak cinta dunia dan takut mati’ tapi still kena tipu.., mungkin korang mudah percaya atau mangsa keadaan, apa-apapun kita bincang bab wahan dulu.. dan abaikan korang sebagai pesakit wahan…(akupun macam ada gak sakit ni.. isk)

Mengikut kajian aku (kononnya), Kehebatan atau kehandalah Pakar tipu-daya dalam memperdayakan pihak yang di tipu adalah apabila mereka berjaya memanipulasi akan dua perkara ini..

1. CINTA DUNIA
2. TAKUT MATI

Pakar tipu-daya akan rangsangkan nafsu korang yang cinta dunia ini dengan membangkitkan keinginan yang membara ke dalam diri korang, sehingga korang akan sanggup buat apa sahaja demi ‘kesedaran mimpi indah’ yang baru di tanam ke dalam otak korang.. (kefahaman baru konon)

Bila korang sanggup buat apa sahaja (termasuk sanggup di perbodohkan) maka kerja pakar tipu-daya akan menjadi lebih mudah dan lebih senang, woha!

Sebab tu ramai yang senang kena tipu!!!

Sebagai contoh, aku dedahkan sedikit sebanyak penipuan yang telah berjaya (berjaya masuk neraka) kepada mereka yang nak jadi kaya sekelip mata.., senang cakap: CINTA DUNIA!!!

Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, penipi pun buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya)korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.., bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)

“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”

Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena. Beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Ok, Aku petik dari akhbar pulak:
Ada sebuah sindiket yang mendakwa mereka telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk menguruskan wang kononnya milik kerajaan pada zaman British yang berjumlah trilion ringgit di bank Union Swiss dan wang itu sedang dalam proses pengurusan untuk dibawa pulang ke negara ini... (hebat bunyinya)

Bagaimanapun, syarat untuk membawa pulang wang itu perlu dilakukan oleh individu-individu yang melakukan pelaburan dengan sindiket terbabit kerana urusan menerusi saluran bank tidak diterima. (pulak ?)

Malah, urusan pelaburan sindiket itu juga dalam bentuk tunai kerana untuk mempercepatkan proses pelaburan (cepat kaya sebenarnya) berbanding dengan penggunaan cek yang terpaksa memakan masa.

Selepas melakukan penyerahan wang pelaburan, sindiket terbabit akan memberi sebuah buku cek (dah tentu palsu) kepada pelabur untuk digunakan mengeluarkan dividen kelak,

Lepas tu bila korang rasa tertipu, sindeket penipu ugut pulak akan para pelabur yang telah sedar mereka tertipu bahawa mereka akan ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) jika mendedahkan perkara itu kepada polis.

Ini kerana, penipu terbabit mendakwa pelaburan yang mereka jalankan adalah projek kerajaan dan sebab itu pendedahan oleh mana-mana pihak akan menyebabkan mereka ditahan di bawah akta berkenaan.

Disebabkan itu, para pelabur tidak berani untuk melaporkan penipuan yang dilakukan oleh sindiket terbabit malah ada juga yang bimbang sekiranya wang yang telah dilabur ‘hangus’ begitu sahaja sebaik perkara itu dilaporkan kepada polis.

Aduhhhh panjang ceritanya, lagi nak melabur ke? baik pergi haji pakcik..

Dulu cerita yang paling terkenal adalah ‘Pak Man Telo’ dengan menjanjikan pulangan lumayan sehingga 35 peratus atau dalam kata lain keuntungan 50 kali ganda daripada jumlah yang dilaburkan.

Dan berapa ramai kena tipu?

Ada lagi,
Ada yang menipu dengan buat survey dari rumah ke rumah dan bagi kad untuk menang hadiah.
Mereka yang terpedaya akan sanggup ler swipe kredit kad iaitu sebanyak RM1537.50 lepas tu dapat 1 kad untak di buka… (macam cerita member aku kat atas jugak)

Haiyaaa! Abg susah menang dapor elektlik owh…Ini nama dia rejeli lor abang…abang sudah menang itu nano digital stove berharga RM3 libu lebey woo…haiya..manyak syok orr. ini mesti mau belanja makan lar ini abang… lejeki lor… haiya… ada ong la ini abg…

Tapi abang ada lagi balance RM1897 belum bayar, kalau bayar baru dapat itu 3 barang harga ribu-ribu juga bla bla bla..

Dah melangkah, susah ler nak gostan.. apa lagi nak di kata?

Ni ada lagi kes tipu,
Penipu ni jual barang dengan harga RM 3400.00. dan kemudia wujudkan pembeli palsu (pelakon tambahan) yang lain yang kononnya akan beli barangan korang pada harga RM 10,000.00 dalam masa 30 hari, siapa tak nak dapat untung RM 6000.00 lebih dalam masa 30 hari?, dan korang sendiri boleh agak bukan apa yang terjadi pada bad ending cerita ini, pandaipun, penipu tu masuk 'neraka' akhirnya….

Satu lagi warga kulit hitam yang jual pencetak dolar amarika ke apa? aku lupa, tapi ramai jugak bijak pandai kena tipu.. apa apa aje korang semua ni..

OK, itu bab CINTA DUNIA, sekarang kita pergi pada bab TAKUT MATI pula.

Biasalah, bila korang dah nak kaya cepat, tak bestlah pulak kalau umur pendek, siapa nak belanja duit yang juta juta tu, kurang kurang, kalau boleh hidup nak cecah tahun 2020...,

Maka sekali lagi Pakar tipu-daya (pelakon terbaik mestilah pandai melakonkan pelbagai watak)akan membimbangkan nafsu manusia yang takut mati ini dengan membangkitkan peluang untuk hidup lama sehingga mereka (biasanya warga tua momopous) akan sanggup buat apa sahaja demi ‘hidup seribu tahun’…

Bila mereka sanggup buat apa sahaja (termasuk sanggup di perbodohkan) maka kerja pakar tipu-daya akan menjadi lebih mudah dan lebih senang,

Ada pesara yang keluarkan semua EPF dia sebab percaya dengan penjual ubat panjang umur ish ish ish.., dah nak jadi mayat orang tua, ke situ pulak ceritanya..

Ada yang habis duit pencen beli batu hikmat yang boleh sembuhkan segala penyakit kononnya..

Dan ada jugak makcik makcik yang sanggup tonggeng bontot kat tok bomoh untuk panjangkan umur, bagi cantik dan berseri.., apa lagi nak di kata?

Eh?!, jika kita rujuk dua perkara di atas, iatu CINTA DUNIA dan TAKUT MATI, barulah tahu kenapa syarikat KAD KREADIT dan syarikat INSURANCE menjadi syarikat yang paling cepat untung.. kan kan kan?

Berapa ramai yang jadi muflis akibat kad keradit.. (cinta dunia)

Berapa ramai yang tertunggak bayar insurance kerana terlalu banyak pekej yang di beli (takut mati)

Arghhh, aku malas dah nak komen lebih lebih, aku doakan yang kena tipu terbela nasibnya dan yang menipu di beri hidayat untuk bertaubat.. (amin)

Berbalik pada cerita penjual tipu di awal entry ini, yang datang rumah aku nak tumpang solat maghrib sambil nak demo produk dia, aku sebenarnya tidak belasahpun dia.., aku tidak menyakiti dia,
Sebaliknya aku bertanya lembut..

“apa pandapat kamu tentang mati?”

Dia diam dan agak terkejut..

Aku dengan mesra gosok bahu dia dan mula berceramah ugama..

“semua orang akan jadi mayat..”

Aku lihat wajah dia dah berubah..

“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya..”

Kemudian, aku cerita tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi..

Aku lihat dia murung,

Aku bagi takzirah sikit pentingnya solat jemaah di masjid dan fadihalt solat tahajjud..

Dia nampak nak berundur, aku pegang tangan dia, dan terus berceramah..

Aku bagi akan pentingnya berdakwah, dan bagaimana nak jadi pendakwah…

Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handset

Aku cerita pulak tentang isi neraka dan azab neraka..

Dia pun cakap: "errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit jer, nanti boss saya marah,.."

Aku: "eh apa pulak? Bukankah rumah saya telah terpilih?, marilah kita ke solat magrib di masjid, lepas tu kita sambung, ada banyak lagi saya nak cerita.. "

Dia: "alamak bang, saya betul betul kena pergi bla bla bla…"

Dekat lagi 5 minit nak margib, aku 'lepaskan' dia pergi.., aku tengok dia langkah laju laju.., dan tak toleh belakang lagi..

He he he, bini aku gelak besar bila tengok aku dan dia..

Manusia memang begitu, takut sangat dengan cerita ugama, kalau sedang tengok TV dan sedang usha siaran lain, sekali terbukak azan, kelam kabut tukar channel TV lain....

Kalau member-member sedang asyik borak pasal sport rim kereta, pasal lubang kencing berlaga, pasal movie blockbuster, atau isu-isu semasa, sekali cuba korang bukak cerita ugama, huh! Alamak kena pulaulah ko, atau member-member terus blah sorang demi sorang, atau toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handset buat bodoh, yang lebih teruk berlakon jawab panggilan he he he..

Atau cuba korang pakai jubah serban, jalan jalan dan berlakon pergi kat mat mat rempit yang sedang lepak bawah lampu tangah malam, kelam kabut depa lari start motor, macam polis buat rush ish ish ish..

Aku banyak kali gak di datangi oleh penjual yang ‘paksa’ aku beli barang dia, macam biasa aku start dengan soalan:

“apa pandapat kamu tentang mati?”

Dalam kebingungan dan terkejut aku start ceramah ugama tapi tak habis mukadimmah lagi dia dah blahhh…

Cuba teka?, apa pulak aku akan cakap jika cina non muslim datang jual barang?

“apa pandapat lu tentang mati?”

Orang cina lagi terkejut bila kita cerita tentang mati, haiya lagi mau celita ka? Itu mati semua jadi mayat maa, kalau lu kaya, lu jadi mayat olang kaya, kalu lu misekin, lu mati jadi mayat olang misikin.., tapi maa.. dalam kubur itu ada ‘hantu’ oooo… bla bla bla.. terus blah..

Ini cerita betul, 2 minggu lepas kejadian ni berlaku!!

Apa-apapun memang agak ‘berkesan’ cara camni (setakat ni), sebab tu ramai kawan-kawan aku yang nak cerita MLM ke, skim cepat kaya ke, jualan langsung ke, kejadah apa ntah, apa-apalah kat aku akan taubat dan serik tak nak ajak aku joint lagi dahh, bukan apa, bila aku start tanya:

“apa pandapat kamu tentang mati?”

Alamak, memang kena basuh cukup-cukup, dan jika waktu azan dah dekat lagi bagus, aku boleh tasykil cash… aku boleh menyeru wakil jualan langsung agar terus melangungkan solat secara langsung he he he..

Cuma aku sendiri kena banyak taubat dan istigfar kerana takut niat aku jadi salah, isk, isk.., walaupun hakikatnya aku memang tak suka ‘dia’ err, maksud aku tak suka cara mereka berniaga , tapi aku tak boleh gunakan ugama untuk buat orang jauh dari aku, TAK BOLEH!!! naudzubillah…, maka aku betulkan balik niat bertazkirah ini sebagai satu peluang untuk aku belajar cakap ugama, lagipun pada pendapat aku, golongan-golongan nak kaya cepat dan mati lambat ni kuat benar tipu dan tembarangnya. Apatah lagi bila cakap ada unsur syirik, sumpah dan janji palsu bukan main lagi, maka elokklah aku betulkan balik kedudukkan Allah dalam keyakinan masyarakat yang nak kaya cepat tapi nak mati lambat ni , Cuma.. macam yang aku cakapkan tadi, takut niat jadi salah.., kena betulkan iklhas dan niat, insyAllah (astarfrullahalazim..)

OLEH YANG DEMIKIAN!

Jemputlah datang sape-sapa yang nak dengar ceramah ugama percuma dariku untukmu. Terutamanya penjual MLM, wakil insurans, wakil skim cepat kaya. Wakil Gores dan menang, wakil jualan langsung, wakil pengedar VCD, dan sape-sapelah, lagi bagus dah dekat nak masuk waktu solat.. he he he

Dan pergi mamposlah jika korang semua nak blah dan lari dariku, memang amalan ugama bila di amal, kawan-kawan akan lari, apatah lagi orang yang baru kenal!, tapi takpe, bila aku jadi mayat kelak, bukanya korang boleh teman aku dalam kubur sambil tolong jawab soalan mungkar nakir, produk korang apatah lagi!! yang pastinya, amalan-amalan ugamaku lah yang akan duduk teman aku dalam kubur, akan duduk antara dada dan kain kapan, akan duduk di kiri kanan, akan menghiburkan aku, akan tolong jawab solan malaikat,.., akan memeriahkan kuburku (insyAllah) maka biarlah aku bermesra dengan “kawan-kawan kuburku” dan 'memperkenal' kan nya kepada korang, bukan lama sangat, 15 minitpun cukup, boleh isyaALLAH.., eh dah nak solat dah ni.., jom!

last:
APA PENDAPAT KAMU TENTANG MATI ?

SEKIAN...

Ps: Penipu yang paling handal di dunia, semua orang di tipunya, tapi bila menjelang menjadi mayat, maka dia akan berkata: “oh, sesungguhnya.., dunia telah menipuku..”

Friday, August 26, 2011

I heart FeedBurner