(Dari jauh kelihatan dua orang manusia yang sedang berada di meja makan, tiada pinggan dan cawan, yang ada hanya beberapa rangkap perbualan)
Hidup tak banyak pilihan..., Waktu kita dalam alam roh, kita langsung takde peluang nak buat pilihan, siapa yang tentukan jantina kita? siapa yang tentukan bangsa kita? Lahir pukul berapa? Anak sape? Negro atau mat saleh? Hodoh atau cantik? Jantan atau betina? jadi anak raja atau kena buang dalam tong sampah lalu masuk dalam Metro?..oh..
Apa pilihan yang kita ada?, ingatan yang dapat kita ingatpun hanya bila berumur 4- 5 tahun, segala susah payah mak kita basuh berak, menyusu dan berjaga malam, langsung takde dalam ingatan, maka sekali lagi, apa pilihan yang kita ada?
Kita manusia di beri akal untuk fikir balik akan fakta yang diberitahu oleh orang tua bahawa mak kitalah yang susah payah basuh berak kita, basuh lampin dan berjaga malam bila kita menangis.., kita percaya.., sebab kita ada otak, fikir.., terima kasih mak..
Lepas tu, cuba kita tengok, hari-hari orang jadi mayat, apa pilihan yang mereka ada? tanam mayat pukul berapa?, kubur koner lot ke? Tahlil berapa hari? Langsung kita tak boleh buat pilihan, pihak polis nak buat bedah siasat dulu, nak korek mata, nak belah dada, nak tengok lubang najis.., kita kaku tak bergerak...
Dalam kubur punya cerita pulak, kita juga tak boleh buat pilihan, nak jadi hantu?, nak jalan jalan kubur sebelah?, nak kembali ke dunia sambut hari raya?.., nak korek hidung? tak boleh dah..
So, waktu kita boleh buat pilihan(yang tak banyak, tapi masih boleh memilih), pun kita tak nak buat pilihan, tak kan lah kita nak buat pilihan di tempat yang dah tak boleh buat pilihan..
You take the blue pill - the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill - you stay in Wonderland and I show you how deep the rabbit-hole goes. (The Matrix-1999)
Jadi nasihat aku, kepada korang yang buat pilihan tak nak puasa, aku malas nak cerita lebih-lebih, Cuma aku nak bagitahu, bila bulan puasa begini, korang tak nak puasa, apa pilihan makanan yang korang ada?, kedai nasi lemak tutup, nasing dagang Mok Ngoh juga tutup, tengah hari nak makan nasi kukus pun payah, kalau ada pun kedai kedai tertentu, itupun kena makan sambil menyorok.., dan tak banyak pilihan, makan setakat apa yang ada..,
Dan bila mati kelak, sebab tak puasa korangpun masuk neraka, apa pilihan makanan yang korang ada?
Buah zaqqum dan air nanah mendidih sahaja, tak banyak pilihanpun...
Buah zaqqum tu bukan manis macam kurma, baunya busuk dan rasanya pahit, bila makan, pecah perut.., tapi itulah makanan ahli neraka, tak banyak pilihanpun...
Sabarjelah nak.., baru 2 hari puasa.. : )
(kata aku kepada anak aku yang sedang belajar puasa...)
Ps: Korang mungkin boleh beli kereta mahal dan mewah, bila mati, keretamayat jugak yang korang naik, tak banyak pilihanpun...