Saturday, October 31, 2009

Inilah dia muka mak yang tak guna tu....


































KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.







Kisah Aaliyah (Budak 3 Tahun Yang Di Dera)

Dipetik dr sebuah blog...

Assalamualaikum wbt,

Terlebih dulu aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat membalas semua komen2 yg telah diberi. Aku tak mampu buat masa ini, jiwaku meledak, gempar bagai dilanda sejuta musibah!

Alangkah hinanya diriku ini, oh Tuhan.... masihkah ada kemaafan utkku yg begitu kejam ini?... Aku terpaksa memulakan bencana jiwaku ini sedari mula biarpun panjangnya berjela2, aku tak mengharapkan simpati sesiapa, aku rasa tak ada satu huruf lagi dalam dunia ini yg dpt menyejukkan duka dan laraku....biarkan aku terhukum di atas sikapku sendiri ya Allah...aku redha...aku sanggup terima apa yg
selayaknya aku terima...

Tiga tahun dahulu....

Fikiranku berkecamuk bila anak sulungku bertanya : mama nak anak angkat tak?
Hatiku secepat itu berburuk sangka, apa hal anak bujangku bertanya ttg anak angkat? anak siapa pula? aku secara serius duduk berdepan dan bertanya khusus2 dgn anak bujangku, dlm hati aku mmg tak sanggup seandainya ada berita buruk yg berlaku dlm kehidupan kami...Tuhan. ...Kau lindungilah. ..Anakku mintak aku bertenang, tarik nafas dalam2 dan beristighfar. .

'Mama kenal A tak? Anak Datuk Dr xxx, CEO xxx tu..'

'Naper dgn dia?

'Dia dah terlanjur dgn girlfriend dia, so skrg dah pregnant, dia nak buang baby tu, tp abang kata jgn tambah dosa yg ada, tu yg abg tanya kalau mama sanggup jaga...' anakku bagai mengharap ikhsan dariku dgn wajah yg begitu polos.

'Naper plak mama? Suruhlah si A tu bertanggungjawab, biar mama slow talk ngan mak dia.' aku cuba memberi pandangan, lagipun siA tu masih punya mak bapak lagi dan bukan org sebarangan pula, masa kan...

'Tak guna ma...mak dia tak nak dan tak akan terima, budak pompuan tu dari anak yg tak tentu latar belakangnya. ..'

'Anak siapa dia?'

'Entahlah ma...kalau mama jumpa dia nanti mama tanyalah sendiri, abg pun celaru tengok dia..'

....cerita itu bagai terhenti setakat itu saja. Aku spt biasa dgn kesibukanku yg tersendiri dan akhirnya terus terlupa ttg budak perempuan itu. Anakku pun tak pernah bercerita lagi...hinggalah pada beberapa hari selepas Hari Raya...

'Mama ingat lagi tak pasal si E (A punya girlfriend)? '

'Naper dia?'

'Dia dah bersalin, anak pompuan, mak nak jumpa tak?'

'kat mana?'

'kat apartment A, kat CJ...nanti abg mintak izin nak jumpa, pasal bukan senang nak masuk situ ma...'

'Dia dah nikah lom?

'Lom..A janji nak nikah tak lama lagi...'

Aku geleng2 kepala...mcm mana tak nikah dah tinggal serumah? Mak dia taktau ker? Si A ni rupanya punya spy yg akan memberitahu tiapkali Mak D ni nak dtg ke apartment mewahnya itu... Salah dan tak betul semuanya ni bang, abg pun subahat sama taw. Anakku kata kalau tak tinggal di situ, mana lagi E akan tinggal? Aku masih tak boleh teirma alasan2 itu tapi di perumahan elit spt tu bukan mudah utk pegawai pencegah maksiat menerobos jaga2 import tu...aku mmg kesal tp apa yg mampu aku lakukan, hanya ikan bilis....jaga2 itu akan hubungi dulu tuan rumah dan sudah pasti segala2nya sukar utk dibuktikn...

Pada hari menghantar anakku pulang ke kolej, aku dan BT serta Dikpi dan sibongsu dibawa melawat E dan anaknya yg baru beberapa hari dilahirkan. E bagai takut2 pertama kali melihatku namun aku melihatnya dari sudut yg baik. Bagiku kalaulah E tu dari kalangan yg baik latar belakangnya, dpt didikan yg sempurna, mmg secara logicnya aku ada perasaan marah terhadapnya, tp berdasarkan serba sikit kisahnya yg aku tahu dr anakku, siapalah aku utk menjatuhkan hukuman. Sebenarnya kalau sesuatu itu nak berlaku, ia ttp akan berlaku tak kira pada siapa dan apa latar belakangnya.

Ya, mungkin telah jelas akan kesilapan individu itu sendiri tapi jgn kita lupa bahawa apa pun yg berlaku samada buruk atau baik segala2nya telah tercatat di Loh mahfudz dan sesungguhnya Allah itu menyukai hamba2Nya yg mahu bertaubat kerana Allah Maha Penerima Taubat, subhanallah.

Jadi siapakah kita utk menghina, mencela atau sesedapnya mengkategorikan seseorang yg sama asal kejadiannya dgn kita sedangkan kita tak pernah dpt membaca untung nasib kit sendiri di masa depan? Duit yg di dlm gengggaman kita pada hari ini, belum tentu milik kita di hari esok. Nasi yg terhidang di depan mata belum tentu akan masuk ke perut kita kalau kita mahu berfikir ttg ada yg masih kelaparan di luar sana!
Kembali kpd kisah E, pertama kali bertemunya mmg hatiku tersentuh. Aku tersentuh sebab dlm keadaan dirinya yg begitu,dia masih punya naluri keibuan bila anak kecil itu disusui sendiri.

Dan demi Allah, pada pertama kali aku mengangkat bayi itu, dia membuka matanya dan tersenyum lebar paling manis sekali hingga BT pun rasa terpikat sama, mmg hati kami terusik dgn gelagat si kecil tak berdosa itu, bukan sekali itu dia tersenyum bahkan Allah jua yg menjadi saksi bagaimana seorg bayi yg baru beberapa hari dilahirkan
'mengagah' aku! Kami seolah berbalas2 sahut menyahut, mmg terhibur aku dan BT, Dikpi dan si bongsu sama! Rasa bagai ada satu keajaiban!

Ikutkan hati nak saja aku bawa baby tu pulang kerana aku pun tak punya anak perempuan, Sibongsu kelihatannya begitu menyayanginya sekali tp ternyata E lebih sayangkan baby itu wlp masa depannya bersama A tak ketentuan lagi. E bersendirian waktu aku ke sana...

Bila habis pantang, E mengunjungiku dgn baby, ntah ya ntah tak, E mengakui tak pernah merasa suasana hari raya dan menikmati makanan hari raya seumur hidupnya lantaran hidupnya yg tidak menentu, ibarat anak gelandangan. Kononnya kedua ibu bapanya berpisah sejak dia masih baby lagi dan dia tak pernah sekalipun
melihat wajah ibunya melainkan pada sekeping gambar. ayahnya pula tak payahlah aku cerita kan di sini.

Berdasarkan ceritanya itulah aku masak semula makanan hari raya. Aku buatkan ketupat daun palas, ketupat nasi daun kelapa, rendang dan lauk pauknya juga nasi beriyani, aku mahu E nikmati semua makanan itu sepuas2nya sementara baby yg sgt mesra dgnku itu aku jaga. Ternyata E bagi tergamam melihat hidangan yg ku sediakan, katanya ; macam dalam syurga...

Di pendekkan cerita, E inginkan aku menjadi ibu angkatnya,E teringin memanggil seseorang dgn panggilan mama, aku terima saja dgn hati yg terbuka! aku sebenarnya tidak keberatan sama sekali tapi....taktau kenapa jauh jauuuuh di sudut hatiku bagai tak dpt merasakan atau menikmati hubungan itu biar puas ku pujuk2 hatiku sendiri. Aku kira ini bagai tak pernah terjadi dlm diriku, sebelum ini boleh dikatakan semua teman2 anakku memanggil aku mama termasuk beberapa dramatis dan pelakon yg senang kerumahku, aku dpt rasakan kemanisan itu tp kenapa tidak dgn E? Ah, mungkin perlu mengambil sedikit masa!

Di pendekkan cerita juga, kiranya rumahku menjadi rumah kedua utk baby E, aku dan anak2 terutamanya BT suka melayan baby yg kami panggil sebagai Aa. Manjanya Aa, hanya akan lena bila dlm pelukan BT! barulah kami pindahkan ketilam atau buaian. Istimewanya Aa ni, dia seorang anak yg baik, pemalu, pandai membawa diri, anak2ku melihat Aa bagai memandang ikan2 di dlm aquarium, tak berkelip2, mereka mmg menunggu masa saja bila Aa nak susu kerana masing2 berebut nak buatkan susu dan nak suapkan kemulut Aa yg ternyata manja dgn kesemua anak2ku...aku mmg beri kesempatan mereka bergilir2, aku ajarkan cara membancuh susu yg betul agar mereka dpt menikmati seronoknya menjaga adik.

Masa terus dtg dan pergi, kdg Aa dihantar kpdku dgn keadaan yg basah lencun tanpa diapers, bibir kering tanpa susu, aku tak pernah berkira dlm hal ini bahkan boleh dikatakan E perlu bgtau saja apa kekurangannya, aku akan cuba mencukupinya terutama hal2 kebajikan Aa. Dlm masa yg sama aku cuba membantu takat yg
mampu utk memprcepatkan pernikahan mereka namun ternyata A bukanlah jantan yg bertanggungjawab, janji demi janji ditabur, namun semuanya hanya mainan belaka, akhirnya hubungan mereka terputus! Banyak lagi kisah E dan babynya yg mengesankan jiwaku yg tersimpan dilubuk hatiku ini...

Kali terakhir aku bertemu dgn E pada hari raya tahun lepas, sebelum tu masa bulan puasa aku hubungi E utk bertemu dgnnya dan Aa kerana aku akan bawanya shopping pakaian raya, sebelum itu aku ada belikan Aa pakaian tp utk raya aku inginkan sesuatu yg baru utknya, agar dia gembira, aku dan BT dah cop mana2 shopping komplex yg punya byk gown cantik2 utk anak pompuan secomel Aa, kasut yg cantik2 sbb Aa dah pandai jalan terkedek2, dan juga pakaian siap utk E! Sungguh, Alhamdulillah aku diberi keizinan Allah dgn sedikit kelebihan rezeki utkku kongsikan bersama2.

Pagi itu, sebelum pintu kedai dibuka, aku, BT, anak kelima dan yg bongsu dah terpacak didepan One Utama menanti E, hampir sejam menunggu aku hubungi E, dah mcm2 alasan plak yg diberi, aku boleh bersabar dgn sanggup menjemputnya di rumahnya,(waktu tu dia tinggal di Damansara, itu yg aku nak shopping di one utama) tp berkali2 aku hubungi utk bertanyakan alamat dan arah jalan, talian terus terputus, cuba lagi
dapat2 putus, apa yg aku rasakn E bagai tak menghargai kasih sayangku selama ini, akhirnya...wlp di pagi Ramadhan aku benar2 marah sebaik dpt brcakap dgnnya! Aku katakan bahawa kami saja2 meluangkan masa demi dirinya dan Aa, tp sekali ini dia perlakukan aku begini, aku mintak maaf terpaksa batalkan janji dan harap dia tidak menyesal.

Aku menangis bila terkenangkan Aa dan gown2 yg telahku idamkan utknya!
Sebenarnya aku berhasrat utk membawanya pulang dan meraikan aidilfitri bersama, segala keperluan utknya dan Aa akan aku sediakan. Aku mahu membahagiakan Aa di malam raya, di pagi raya dan di sepanjang hayatnya...tp sikap E ternyata mengecewakanku.

Begitupun, akhirnya hatiku tidak kesampaian, tanpa mereka, kami belikan juga pakaian raya mereka dgn mengagak2 saiznya. Semuanya dpt jugak ku serahkan bila E mahu kembali kpdku, waktu itu aku lihat E bagai terdesak, celaru tp aku tak dpt jumpa Aa, katanya Aa dijaga oleh bapanya yg sudah berkhwin lain. Sejak itu E kembali berhubung dgnku semula dan dia akan dtg kerumahku utk mengambil makanan.

Kerinduanku terhadap Aa tak dpt dinafikan lagi, aku rindukan Aa! aku harapkan segera berjumpa dgnnya. Suatu ketika ( hujung tahun lepas) E menyatakan utk tinggal bersamaku selama 10hari - 2 minggu bersama Aa sekali. Aku tak tahu ya Tuhan, ntah kenapa waktu itu aku lihat E bukan spt yg ku kenal sebelumnya dan aku menolak keinginannya! Aku tiba2 merasakn kehadirannya akan membuat ahli keluargaku tidak selesa, maklum saja semua anak2ku lelaki dan cara E berpakaian mmg agak....aku menolaknya dgn cara baik ( anehnya sebelum ini aku tidak pulak berperasaan sebegitu) dan malam itu aku menanamkan lagi serba sedikit pengetahuan agama kpdnya spt waktu2 sebelumnya juga, E mmg ingin merubah cara hidupnya sptmana yg ku nasihatkan dan peringatkan. Itu saja yg mampu ku lakukan.

Aku tak boleh memaksanya utk mendirikan solat tanpa dia faham apa itu solat dan mengapa kita wajib bersolat. Aku cuba mendidiknya sedikit demi sedikit.. Kali pertama dia menyaksikan kami solat berjemaah, mmg hairan di hatinya dan bila anak2ku berebut bersalam2an, E menjerit : Hey! ingat ini hari raya ker nak bersalam2!! Aku jelaskan kpd E bahawa bersalam2an itu bukan semestinya pada hari raya saja! Kiranya mcm2 jugaklah yg aku cuba terapkan kefahaman utk anak yg malang itu...kesian E. Dia tak pernah merasa nikmatnya hidup berkeluarga dgn kasih sayang sebenar seorang ayah dan ibu.

Kali terakhir sebelum E terpisah dariku ( tnpa sempatku jumpa Aa), E menyatakan yg dia telah mendapat kerja yg lebih baik dan minta aku belikan utknya al Quran, telekung dan sejadah. Aku penuhi keinginannya dgn harapan semoga dia benar2 berubah. Aku hantarnya pulang hingga ke stesen LRT, itulah kali terakhir aku
bertemu dgn E..

Semalam aku menatap berita diinternet dan terpandangkan wajah seorg kanak2 perempuan yg mati didera, dirogol dan diliwat. Hatiku bagai terjatuh ke dalam rahimku sendiri tp sebaik membaca kejadian itu di kajang, aku ketepikan perasaan resahku. Hari ini sewaktu aku sedang sibuk2 menyiapkan tempahan minum ptg, sanwich telur dan sardin, aku mendapat panggilan telefon, suara R ( pengasuh yg mengasuh Aa bergilir2 dgnku sebelum ini).

' Kak, akak baca suatkabar tak semalam? gambar muka depan!'

Soalan itu walau belum jelas, aku bagai dah tersandwichkan separuh dari nyawaku sendiri! bagai benar belaka telahanku! tapi aku takut nak menerimanya. ...

'a..ada! naper R?'

"kaaaak!!!! itu Aaliyah!!!!! ' suara tangisan memesah dihujung talian.

Aku bagai dirasuk dan telah hilang aqal, meraung semahu2nya, aku meraung2 sambil memanggil nama Aaliyah...Aaliyah yg aku rindukan, Aaliyah yg pernah ku mandikan ,ku bersihkan kencing beraknya, ku suapkan susu dan nasinya, ku dodoikan dan ku bermain2 sorok2 disebalik langsir hingga dia ketawa hilang suara.

Aaliyah yg tersenyum bila ku pakaikan baju dan topi barunya, Aaliyah yg tak pernah hilang dari hidupku selagi hayatku masih bernyawa!!

Hingga saat ini airmataku masih tak henti2 mengalir, duka dan kesalku ini ku catitkan dlm lebat hujan di luar dan di dalam jiwaku ini...malangnya nasibmu sayang, kalau lah...kalau lah..ah, aku tak akan memaafkan diriku ini utk selama2nya. Ya, keenggananku menerimamu menyumbang terhadap segala penyiksaan yg kau lalui hingga membawa kpd ajalmu. Kenapa aku sebegini kejam tak punya perikemanusiaan ya Allah....

Sebenarnya tiga minggu yg lalu R ada hubungi ku memberitahu yg E ada memintanya utk menjagakan Aaliyah tp sehingga lah sekarang tidak juga dihantar...R beritahuku yg E menyatakan dirinya sudah berubah, sudah menutup aurat, aku hanya memanjatkan kesyukuran kpd Illahi, sehinggalah ku terima berita pahit ini tadi....

Aku cuba hubungi no E yg diberi oleh R, sebelum ini pun sejak Ramadhan yg lalu panggilanku tidak pernah dijawab oleh E, aku hanya mendoakannya dari jauh semoga dia diberi perlindungan Allah dan mendapat hidayahNya. E juga tidak pernah menghubungiku wlp pada hari raya namun aku tidak pula bersangka buruk
terhadapnya. ..mungkin dia sudah temui jln hidup yg baru yg lebih baik...

Panggilan ku td dijawab oleh polis wanita, dia minta aku hubungi semula jam 3.30 ptg, namun ternyata selepas itu panggilanku tidak bersambung lagi....sebelum ini R dpt bercakap dgn E, dan Aa katanya telah selamat disemadikan, aku akan cuba menjejaki dimana tempat persemadian itu...R memberitahuku mungkin E sdg teruk menjalani soal siasat di dlm...aku benar2 tak berdaya lagi utk wanita malang yg bernama E ini....
Anak2ku menangis bila mendpt tahu gambar yg disaksikan semalam adalah Aaliyah, tp mereka memujukku dan diri mereka sendiri dgn menyatakan :

TAK MENGAPA MAMA...AALIYAH SEKARANG SEDANG TERSENYUM DI DALAM SYURGA...

Aku mengesat2 airmata yg tak mahu henti2 mengalir. ya, mudah2an ya sayang, bersemadilah Aaliyah dgn tenang dan aman, tinggalkan segala deritamu di dunia fana ini. Kami sayangkan Aaliyah. Suatu hari nanti kami pun akan turut jejak Aaliyah, moga Aaliyah sudi memaafkan kami.....























BERSEMADILAH AALIYAH KU DGN AMAN DAN TENANG...
Aku tak marah kalau kalian menyimpan rasa marah sama terhadapku, ya....aku mmg bersalah wlp apa yg terjadi adalah telah ditentukan olehNya
.

Friday, October 9, 2009

Tomorrow Can Be Too Late...

The Message is really nice!!!

If you're mad with someone and nobody's there to fix the situation... You fix it. Maybe today, that person still wants to be your friend.. And if u doesn't, tomorrow can be too late.
















If you're in love with somebody, but that person doesn't know...
Tell her/him. Maybe today, that person is also in love with you. And if you don't say it, tomorrow can be too late
.

















If you still love a person that you think has forgotten you...
Tell her/him. Maybe that person has always loved you. And if you don't tell her/him today, tomorrow can be too late..
.















If you need a hug of a friend... Ask her/him for it.
Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.



















If you really have friends who you appreciate... Tell them. Maybe they appreciate you as well. That if you don't and they leave or go far away today, tomorrow can be too late
.


















If you love your parents, and never had the chance to show them... Do it. Maybe you have them there to show them how you feel. That if you don't and they leave today, and then tomorrow can be too late.
.







I heart FeedBurner